Gallery

Monday, November 30, 2015

Togetherness

This is really something. 

Read. 

#Repost @fynnjamal with @repostapp.
・・・
suami isteri yang solat bersama--
kekal bersama.
.
aku baca mana entah. tapi itulah intipatinya. kuncinya adalah fillah. berkasih-sayang dan mencintai-- kerana melihat kasih-sayang dan cinta pasangan kita-- pada الله.
.
kami masih bertatih. jauh dari lengkap kesempurnaan. itu aku sangat tahu. dan mungkin kerana itu jualah yang membuatkan kami erat bersatu.
.
kerana siapa lagi yang mahukan kami kalau bukan kami sendiri. sesama kami.
.
aku pernah ditanya apakah yang aku rasa melihatkan suami tidak linear dalam usaha aku ke arah الله. soalan itu diajukan pada aku di sebuah seminar. aku ingat lagi. yang bertanya duduk di lane kiri pentas. dia bertanya tepat ke dalam mata aku.
.
hati aku sayu. aku jawab dengan mudah: kalaulah الله tak bantu aku menutup segala aib aku-- pasti tidak ditanya soalan begitu kepada aku.
.
itulah hakikat dunia. orang melihat pada apa yang terlihatkan. selalu lupa betapa fitrahnya masih terlalu banyak perkara dalam dunia ini yang tersembunyi dan terkaburkan.
.
itulah yang membimbangkan aku. dalam pada usaha aku hendak menjadi lebih baik, aku risau orang lupa aku manusia biasa yang masih banyak celanya. aku gusar orang lupa ada jauh lebih ramai manusia yang lebih elok-- cuma tak ternampak dek mata.
.
dan kalau pun benar aku lebih mendahului suami aku dalam balapan ibadah ini-- alangkah ruginya kalau aku meninggalkan dia sedangkan aku mampu bersabar dan menunggu hari dia mendepani aku nanti2.
.
kalaulah orang2 baik meninggalkan aku di zaman aku alpa dulu-- belum tentu aku adalah aku yang hari ini. masih belum cukup baik, aku tau. tapi insyaAllah everyday is still a battle to be better.
.
never give up on people. never. macammana hopeless, just dont give people up. abu talib tidak peluk islam walau anak saudaranya adalah utusan الله. tapi rasulullah saw tidak pernah berhenti mencuba. sehingga ke nafas akhir dipujuk bapa saudaranya.
.
apa yang penting adalah kita.
.
kita kena NAK ubah diri kita DULU. dan kalau kita pun pelan2 kayuh, takkanlah kita expect orang terus miraculously sama baris dengan kita.
.
tak adil, namanya.
.
semua orang ada perangnya sendiri. kalau kita tak mau bantu-- kita jangan pengkes dia punya kaki.
.
kita sama2, ye?


No comments:

Post a Comment